Skip to main content

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidul Rasul :)
Asalamualaikum . Haha okey selamat menyambut hari kelahiran nabi kita (gelak dgn ayat sendiri seriously this is not me) .So i tak de benda nak post i dah search kat internet , adelah i tertarik nak baca and copy paste on my post 'Khutbah Terakhir Nabi Muhamad s.a.w' (kalau rajin bace lah )

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

 p/s tadi papa dah call org yg lesen memandu i kena practice dekat nilai jauhh tu please laa org yg hantar dan ambik tu perempuan please!Maybe Ahad depan kot.

Comments

Popular posts from this blog

Au revoir 2018~

Assalamualaikum and peace upon to you, Alhamdulillah we have already stepped into the New Year. Alhamdulillah Allah is still giving us the opportunity for living in this year.   So Happy New! So as usual, I am going to recap what has happened in 2018. In one word I would describe my 2018 will be consistency. Every month I will put a monthly goal eg: read 3 books at least a month. Alhamdulillah, mostly I have achieved so let’s rewind back:   1)      One year in one country Last year, I went to Indonesia with my travel partner Aini . One of the best trip, I am so happy everything runs smoothly as planned. Even though, it was quite a last minute plan, I only manage to plan the itinerary only one month. Alhamdulillah it runs so smoothly and Allah do ease our journey. It is one of my favourite trip not because I make the itinerary but the most calmest trip because of the people, nature and everything. I feel like I am having a honeymoon during the trip. You might refer the li

Medan Getaway

Assalamualaikum and hello guys, We met again for my post segment ‘one year one country’. For this year, Alhamdulilah I have un-tick my wish list ‘one year one country’ to Medan, Indonesia. As usual this is my last minute plan to go to Medan. Why Medan?   Because the cheapest flight at that time, yes my definition of travel ‘murah je book terus plan kemudian’ . So for this year, Farah is my travel partner (previous post, my Phuket travel partner) as I can say, my Medan getaway is like my short honeymoon because it was so calm and I do happy for this travel. Alhamdulilah is was great and everything was so smooth.  So here’s my itinerary; My recap journey for 4 days 3 nights Medan - Berastangi – Samosir Island – Medan DAY 1 02:55 PM     KLIA 2 – KUALANAMU AIRPORT (Medan) * RM 163 (return flight, no luggage) 03:00 PM - Reach Kualanamu Airport (Medan is one hour delay from Malaysia time zone) *we decided to  stay at Berstangi due to last ferry to Samo

Just beautiful .

I found something  , and I think it such a beautiful things to shared .  How Adam was created .  Menurut Ibnu Abbas , Izrail telah mengambil 13 jenis tanah untuk dijadikan Adam iaitu : i . Tanah Baitul Maqdis untuk kepala manusia kerana di situlah tempat akalnya . ii  Tanah Tursina untuk telinganya kerana di situlah alat pendengaran dan mendengar nasihat . iii  Tanah Iraq untuk dahinya kerana di situ tempat bersujud kepada Allah iv Tanah Aden untuk mukanya kerana di situ tempat berhias dan kecantikan  v  Tanah telaga al-Kaustar untuk matanya kerana di situ tempat untuk menarik perhatian  vi Tanah al-Kautsar untuk giginya kerana di situ tempat manisan. vii Tanah Kaabah untuk tangan kanannya kerana di situ tempat mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia. viii Tanah Parsi untuk tangan kirinya kerana di situ tempat beristinjak . ix Tanah Babylon untuk perutnya kerana di situ tempay seks (berahi) dan tipu daya syaitan yang menjerumus manusia ke lembah dosa .