Hapuskan Sombong Kaedah Imam Ghazali
Tuesday, 14 August 2012 @ 22:22


- Apabila bertemu kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding kita yang sudah lali dengan dosa

- Apabila bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana mereka hidup lebih lama .

-Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak dari kita.

-Apabila bertemu dengan orang jahil , anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan , sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahuinya .

-Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mungkin satu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahanya .

-Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti mereka akan disinari oleh hidayah dan dengan izinn Allah dosa mereka akan diampunkan .

source-  books