Skip to main content

Self - Remainder


Alhamdulillah. 2 Ramadhan 1435 H.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.


Alhamdulillah. 3 Ramadhan 1435H.

Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya. Kalau lelaki datang mengucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan Al-Qur'an. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk bernikah. Tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek.

-Stanzaqalbi.blogspot.com-


Alhamdulillah. 4 Ramadhan 1435H.

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita, bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina ! Dekati zina pon tak boleh. Makna kata, kalau kita 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi, janganlah pandang remeh perkara zina ini.

Wallahua'lam.


Alhamdulillah. 5 Ramadhan 1435H.

Wahai lelaki, jika ingin mencari isteri, jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik,
fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.. 

Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..


Alhamdulillah. 6 Ramadhan 1435H.

Wahai lelaki, jika ingin mencari isteri, jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja-manja dengan lelaki yang bukan mahram, atau kuat suaranya, 
fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buatmu, si suami..

Wallahua'lam.


Alhamdulillah. 7 Ramadhan 1435H.

Wahai lelaki, jika ingin mencari isteri, jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Tapi lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan,
fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus liar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Wallahua'lam.


Alhamdulillah. 8 Ramadhan 1435H.

Wahai wanita, jika ingin mencari suami, jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. Tapi lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi lena.. 

Wallahua'lam.


Alhamdulillah. 9 Ramadhan 1435H.

Wahai wanita, jika ingin mencari suami, jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Tapi lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayang tanpa memikirkan bahagian auratnya, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

Wallahua'lam.


Alhamdulillah. 10 Ramadhan 1435H.

Wahai wanita, jika ingin mencari suami, jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Tapi lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Wallahua'lam.



Source by 
- Ceq Jue -

Comments

Popular posts from this blog

Who knows............

Who knows it just a doa'  '' Ya Allah betulkan kau pandang aku lagi , Ya Allah betulkah kau sayang aku , Ya Allah jika benar tolong la hamba-mu ini , aku betul-betul nak berubah tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan , Amin'' Who knows it just a first step with a heavy heart  'Selamat Datang ke Matrikulasi Pulau Pinang '  Who knows it just a short conversation  Me : Ehh kita satu practicum kan?  Maziah : Ha'a Me: Jom la pergi class sesame, meh la masuk bilik kita Maziah : ouh okay Me : Name sapa erk? lupa laa.. Maziah : Maziah . Who knows it just a discussion group  Afiqah : Nak number boleh , senang nak contact nanti . Me : Alaa , tak ingat la number , jap erk . Name?  Afiqah : Afiqah  Who knows it just sitting position side by side Who knows we become closer and closer  Who knows it gonna be a changes  Me : Wei kau perasan tak ? hewhew Maziah : Perasan Me : Apa-apa ? hehe...

Phuket

Alhamdulilah , so last month I went to Phuket with my friend Farah . Thanks for be my travel partner. Khup khun kap (thank you in thai  language ) . We went there for 6 days and 5 nights and we were lucky because Sunwa she is from Thailand  which is our course mate in our Uni  thanks for be our  tour guide along we were there .Thanks .We enjoyed it .  So I'm gonna review for the interesting place in Phuket more specifically in Patong . Ouh yeah another one we also get help by Sunwa's friends ( Yusof , Haroon and Yaya ) with the help of their as local people it becomes easier our trip in Phuket . Thanks so much and knowing you guys  it's the best part . I hope you guys will enjoy read  my story even I'm not good in writing. (soo I'm gonna put a lot of pictures  ) From Phuket Airport to Patong it will takes about 45 minute quite far , The reason why I choose to stayed in Patong because it's near the beaches so I book hotel there (this is what...

end of chapter 12 of 12 (2016)

Assalamualaikum and hello everybody,  First of all Happy New Year guys! yeah I know is been like 12 days we have already stepped into 2017 , a little bit late wish because I was so busy with my finals as senior student (fuyoo).  Alhamdulilah hope everything went well especially my research. Wish me luck and goodluck to you guys too, May Allah bless and ease everything.  So every year I am gonna review back all the good memories that happened in my life. Well my 2016 is not that bad and is not that great it just average, ‘so-so’ je. So here some places and memories in my 2016 , so here we go:-  1) I went to Sabah for visiting my friend for 2 weeks, so you guys might click Explore with Dys (2 weeks in Sabah)  to know details about the trips and tips 2) I went to Singapore last year, so about the journey and the details you might click  Explore with Dys (One country Three Districts in One Week) 3) Next, I went to Pulau Aman...