Salam Maulidul Rasul :) |
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa
yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti
kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam
perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama;
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan
beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah
ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
p/s tadi papa dah call org yg lesen memandu i kena practice dekat nilai
jauhh tu please laa org yg hantar dan ambik tu perempuan please!Maybe
Ahad depan kot.
Comments
Post a Comment