- Apabila bertemu kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding kita yang sudah lali dengan dosa - Apabila bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana mereka hidup lebih lama . -Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak dari kita. -Apabila bertemu dengan orang jahil , anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan , sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahuinya . -Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mungkin satu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahanya . -Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti mereka akan disinari oleh hidayah dan dengan izinn Allah dosa mereka akan diampunkan . source- books